Tajuk Ramalan Sains UPSR 2018. Proses membuat analisis untuk tajuk atau topik ramalan untuk subjek Sains UPSR 2018 pada kali ini sedikit mencabar kerana banyak topik yang penting telah ditanya pada tahun-tahun sebelum ini. Kemungkinan topik yang berulang mungkin akan ditanya lagi. Pada tahun ni, kemungkinan banyak topik dari tema sains hayat dan sains fizikal.

Ramalan tajuk sains yang telah saya buat bukan 100% dijamin akan  keluar pada UPSR 2018. Namun, ramalan ini boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat ulangkaji. Ramalan ni dibuat berdasarkan analisis soalan tahun lepas (2016 dan 2017) dan kepentingan serta signifikan tajuk-tajuk ini disoal dalam UPSR..Walaubagaimanapun semua topik perlu diulangkaji.

Baca Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2018

Penguasaan teknik menjawab soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) di kalangan murid adalah penting untuk menilai dan menganalisis soalan yang ditanya terutamanya soalan yang melibatkan aplikasi sains, soalan fakta dan sebagainya. Di samping itu juga, keupayaan murid untuk menjawab soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) adalah sangat penting.

Baca juga 11 Tips Skor A Dalam Subjek Sains

Selepas membuat final analisis tajuk ramalan sains, dikongsikan tajuk-tajuk yang mungkin akan keluar untuk subjek Sains UPSR 2018 di bawah. Semoga bermanfaat.



Penting untuk murid tahu serba sedikit topik-topik yang lain yang tidak saya senaraikan. Jangan lupa untuk membuat latih tubi dan soalan-soalan yang lepas. Semoga berjaya saya doakan kepada semua murid yang menduduki UPSR pada tahun ini.

Setiap guru mesti mempunyai tajuk-tajuk ramalan mereka sendiri. Jika ada yang ingin berkongsi tajuk ramalan yang lain boleh lah email kepada saya [email protected]