Cadangan Aktiviti Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak

hari kanak-kanak

Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut setiap tahun di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali menyambut hari kanak-kanak pada setiap tahun dengan tema yang berbeza. Sambutan hari kanak-kanak bagi setiap negara adalah berbeza-beza. 

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO mula mengisytiharkan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia.

Di Malaysia pula, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Setiap tahun, Program Sambutan Hari Kanak-Kanak di Malaysia dimasukkan dalam takwim persekolahan. Sambutan hari kanak-kanak merupakan satu program yang dikhaskan untuk meraikan peranan dan sumbangan kanak-kanak di sekolah.

Semasa sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah, terdapat pelbagai pengisian dan aktiviti yang bermanfaat dijalankan. 

Aktiviti Sempena Hari Kanak-Kanak

Pada hari ini, Cikgu Press ingin berkongsi cadangan aktiviti sempena sambutan hari kanak-kanak di sekolah pada tahun ini, Antara cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan sempena sambutan hari kanak-kanak ialah

  1. Sukaneka hari kanak-kanak (bawa bola dalam sudu, tiup belon, main dart, roda impian. isi air dalam botol, lari dalam guni dan sebagainya)
  2. Pertandingan nyayian / koir
  3. Pertandingan pakaian beragam (kerjaya masa hadapan)
  4. Pertandingan mewarna dan melukis
  5. Sambutan hari lahir (memotong kek)
  6. Persembahan pentas (persembahan teater dan lain-lain)
  7. Pertunjukkan fesyen 
  8. Kids master chef
  9. Kids talk show
  10. Kids got talent 
  11. Anugerah tokoh murid
  12. Tukar-tukar hadiah
  13. Lawatan sambil belajar (balai bomba, muzium, zoo dan lain-lain)
  14. Pameran seni (membuat batik, anyaman tikar dan sebagainya)
  15. Berkhemah
  16. Mencari harta karun
  17. Acara barbeque (BBQ)
  18. Bermain supa dupa
  19. Pertunjukkan silap mata / magik
  20. Karnival jual beli/ hari kantin
  21. Bermain permainan tradisional (gasing, congkak, dam, catur dan sebagainya)
  22. Senam robik
  23. Pertunjukkan Drone
  24. Pertunjukkan robotik
  25. Tayangan video 
  26. Kuiz ringkas
  27. Kaligrafi (Arab dan Cina)


Tema Sambutan Hari Kanak-Kanak

Setiap tahun, sambutan hari kanak-kanak mempunyai tema yang berbeza. Antara tema hari kanak-kanak ialah, 

2023 : ‘HAK KAMI, MASA DEPAN KAMI’ 

2022 : ‘Keterangkuman dan Kepelbagaian, Untuk Setiap Kanak-Kanak’

2021 : “ANAK KITA MASA DEPAN KITA” 

2020 : “BUMI LESTARI, ANAK-ANAK KITA DILINDUNGI

Semoga perkongsian ini memberi sedikit infomasi dan maklumat kepada semua guru untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan sempena sambutan hari kanak-kanak nanti

Previous Post Next Post