Cara Penandaan dan Pemarkahan Kertas Sains UPSR



Guru sains perlu menguasai cara untuk menanda dan memberi markah apabila memeriksa kertas sains pelajar. Penandaan yang betul membantu pelajar untuk mendapat markah. Di sini saya kongsikan, cara penandaan kertas 2 sains dan maksud kepada simbol-simbol semasa membuat penandaan.

Apabila jawapan/ kenyataan betul maka:

  • Gariskan kata kunci yang berkenaan.

  • Tuliskan nombor (l) (4) poin (jika berkenaan).

  • Tandakan  (  /  ) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.

Apabila jawapan/ kenyataan salah, maka: -

  • Kurungkan (    )

  • Tandakan pangkah( X) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.

Apabila jawapan tertinggal/ tidak lengkap/ tidak jawab. 

  • Buat tanda Landai

  • Tandakan pangkah( X) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.

Mengulang jawapan penyataan yang betul dan sudah diberi markah

  • Tulis gv/given

  • Tandakan pangkah( X) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.

Jawapan kurang jelas tetapi hampir tepat

  • Beri B.O.D (Benefit of Doubt)

  • Tandakan  (  /  ) di petak Ruang Untuk Pemeriksa.

  • Syarat: Jangan diberi sewenangwenangnya. B. O.D.

  • Tidak boleh lebih 2 kali setiap calon.

Untuk format penandaan yang lain-lain bolehlah rujuk gambar di bawah sebagai panduan kepada guru semasa membuat penandaan kertas soalan sains.



Peratusan markah sains akan diperolehi dengan jumlah menambah kertas 1 dan kertas 2. Di bawah adalah sifir untuk mendapatkan peratusan markah sains tambah membuat pengiraan.




Previous Post Next Post