Senarai Semak Penjaminan Kualiti PBD

Penjaminan kualiti merupakan satu bentuk piawaian bagi menentukan kualiti pelaksanaan PBD mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan skor yang sahih dan boleh dipercayai dan menunjukkan tahap penguasaan murid yang sebenar. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBD dilakukan melalui Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. 

Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan KPM/JPN/PPD/Sekolah.

Senarai Semak Penjaminan Kualiti PBD

Muat turun senarai semak penjaminan kualiti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi senior leader team (SLT) , middle leader team (MLT) dan guru mata pelajaran (GMP) untuk rujukan penyelaras PBD dan pihak sekolah yang telah dikeluarkan oleh BPK;

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penjaminan Kualiti PBD


Previous Post Next Post