Tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak perlu disemai sejak kecil lagi. Oleh itu, usaha memupuk minat membaca harus bermula di rumah. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting dalarn menggalakkan anak-anak mereka membaca.

Bagi memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlu menyediakan sudut bacaan di rumah yang tenang dan kondusif. Sudut bacaan ini perlulah dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur anak.

Kelengkapan dalam bilik bacaan memainkan peranan yang penting dalam menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Sebaik-baiknya, kerusi dan meja disediakan untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Sudut bacaan ini boleh menjadi tempat anak-anak menghabiskan masa lapang mereka secara berfaedah.

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka, ibu bapa perlulah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dalam menerapkan budaya membaca. Apabila ibu bapa menjadikan membaca suatu rutin dalam keluarga, mudahlah untuk anak-anak mengikuti amalan membaca. Lama-kelamaan, mereka sendiri akan mempunyai minat membaca.

Baca peranan ibubapa dalam jom membaca. Semoga bermanfaat.

Sumber gambar: PADU

Post a Comment