e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Berdasarkan makluman awal, permohonan pertukaran guru melalui Sistem Pertukaran Guru Secara Dalam Talian ( https://epgo.moe.gov.my/) bagi sesi pertukaran Jun 2019 dan Januari 2020  akan dibuka mulai 18 Februari 2019

Sempena pertukaran guru  nanti, pemohon diingatkan supaya mengisi maklumat dengan lengkap. Di bawah adalah beberapa tips sempena mengisi permohonan yang dikongsikan oleh pegawai dibahagian pertukaran iaitu Encik Hasmadi Hamdan.

  • EGTukar akan dibuka pada bulan Februari 2019.. Pemohon dinasihati mengisi dengan lengkap.

  • Bagi yang mengemukakan alasan sakit, sila dapatkan sijil sakit asli daripada pakar hospital kerajaan.

  • Bagi meluaskan peluang untuk balik dari Sabah dan Sarawak, mohon ke Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

  • Bagi yang mengemukakan alasan ancaman keselamatan, sertakan laporan siasatan polis, bukan salinan repot polis. Ancaman keselamatan bermaksud ancaman daripada suspek yang dikenali. Contohnya bekas suami.

  • Pemohon dinasihati memohon langsung kepada BPSH tanpa mendapat surat sokongan daripada ahli-ahli politik atau mana-mana pihak.

  • Bagi permohonan ex-parte (sebelah pihak), mohon disertakan surat kebenaran dan/atau surat sumpah daripada pasangan.

  • Perjawatan bagi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu amat terhad.


Sekian. Harap maklum. Terima kasih. Semoga Berjaya.

Laman web egtukar: https://epgo.moe.gov.my/