Template Pelaporan PBD Tahap 1 Terkini (2019). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa.
Melalui PBD guru dapat:
- Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
- Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme.
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
- Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan antara individu.
Guru menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21, serta kaedah pentaksiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan tahap penguasaan murid.
Pada tahun ini, 2019, Bahagian Pembangunan Kurikulum Telah mengeluarkan template pelaporan bagi Tahun 1, Tahun 2 dan tahun 3 bagi menggantikan template sedia ada. Semua template pelaporan bagi setiap mata pelajaran telah digabungkan dalam satu template SAHAJA.
Muat turun template pelaporan PBD versi 3 untuk rujukan semua guru.
- TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 1 (Kemaskini 11 November 2019)
- TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 2 (Kemaskini 11 November 2019)
- TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 3 (Kemaskini 11 November 2019)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum