Tajuk Ramalan Sains UPSR 2019


Tajuk Ramalan Sains UPSR 2019. Proses membuat analisis untuk tajuk atau topik ramalan untuk subjek Sains UPSR 2019 pada kali ini telah siap sepenuhnya berserta dengan cadangan jawapan. Cadangan jawapan tidak sepenuhnya disediakan bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk mencari sendiri jawapan kepada skop tajuk ramalan pada kali ini.

Baca 10 Topik Sains Wajib Ulang Kaji Oleh Cikgu Zazol

Tajuk ramalan ini dianalisis berdasarkan topik-topik yang pernah keluar dan belum pernah keluar sebelum ini dan signifikan topik-topik ini ditanya pada kali ini. Kemungkinan topik yang berulang akan ditanya lagi. Jika ramalan ini sesuai untuk semua murid, bolehlah digunakan sebagai rujukan dan panduan.

Ramalan tajuk sains yang telah saya buat bukan 100% dijamin akan  keluar pada UPSR 2019. Namun, ramalan ini boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat ulangkaji. Ramalan ni dibuat berdasarkan analisis soalan tahun lepas-lepas (2016,2017 dan 2018) dan kepentingan serta signifikan tajuk-tajuk ini disoal dalam UPSR..Walaubagaimanapun semua topik perlu diulangkaji oleh semua murid.

Baca juga 8 Teknik Belajar Last Minute Yang Berkesan

Penguasaan teknik menjawab soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) di kalangan murid adalah penting untuk menilai dan menganalisis soalan yang ditanya terutamanya soalan yang melibatkan aplikasi sains, soalan fakta dan sebagainya. Di samping itu juga, keupayaan murid untuk menjawab soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) adalah sangat penting.

Selepas membuat final analisis tajuk ramalan sains, dikongsikan tajuk-tajuk yang mungkin akan keluar untuk subjek Sains UPSR 2019 di bawah. Semoga bermanfaat.









Penting untuk murid tahu serba sedikit topik-topik yang lain yang tidak saya senaraikan. Jangan lupa untuk membuat latih tubi dan soalan-soalan yang lepas. Semoga berjaya saya doakan kepada semua murid yang menduduki UPSR pada tahun ini.

Setiap guru mesti mempunyai tajuk-tajuk ramalan mereka sendiri. Jika ada yang ingin berkongsi tajuk ramalan yang lain boleh lah email kepada saya kickstory@gmail.com.

Baca lagi Tajuk Ramalan Sains UPSR 2018



أحدث أقدم