Wednesday, October 2, 2019

Panduan Menggunakan Google Drive Untuk Mengisi PBD


Panduan Menggunakan Google Drive Dalam Mengisi Data Tahap Penguasaan (TP) Bagi Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Tahap 1 telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikukum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah untuk kegunaan Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran dalam membuat pelaporan pentaksiran murid dengan lebih mudah dan berkesan.

Muat turun panduan ini di BPK dengan KLIK di sini

Panduan ini adalah bertujuan untuk memberikan cadangan alternatif kepada Guru Kelas bagi memudahkan pengisian data dan mengelakkan guru mata pelajaran menunggu giliran untuk mengisi Tahap Penguasaan (TP) menggunakan satu komputer sahaja dalam suatu masa.

Tapak Online

Panduan ini menggunakan pendekatan online dengan aplikasi Google Drive dan ia diberikan secara percuma kepada semua pengguna melalui akaun Google sendiri. Selain dari Google Drive, Guru Kelas juga boleh menggunakan tapak yang lain seperti One Drive dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

Peranan Guru Kelas


Langkah 1.
Guru Kelas perlu memuat turun fail Borang Data Online Pelaporan PBD Tahap 1. Fail ini boleh dimuat turun dari portal Bahagian Pembangunan Kurikulum. Memberikan nama lain (rename) untuk kegunaan kelas masing-masing. Contoh Borang_Data_TP_Kelas_1_Amanah.xlsx

Langkah 2.
Memuatnaik fail tersebut ke aplikasi Google Drive mengikut langkah-langkah proses memuatnaik fail borang data yang diberikan dibawah.

Proses Memuatnaik Fail Borang Data


Langkah 1. Log masuk ke aplikasi Google.(Contoh: Aplikasi Gmail atau apa-apa aplikasi dari Google menggunakan akaun sendiri.)

Langkah 2. Klik Google apps seperti dalam rajah. Pilih dan klik Drive.



Langkah 3. Klik Google Sheets. Pilih dan klik Blank spreadsheet



Seterusnya fail baru untuk google sheets diberikan (Untitled spreadsheet).

Langkah 4. Klik File, klik Open



Klik Select a file from your device. Pilih fail borang data pelaporan kelas anda. (Contoh: Borang_Data_TP_Kelas_1_Amanah.xlsx)



Seterusnya fail borang data anda akan dipaparkan dan telah sedia untuk dikongsikan (share) dengan semua guru mata pelajaran yang berkaitan.



Untuk maklumat lanjut bagaimana cara untuk membuat tetapan perkongsian antara guru yang boleh akses file google drive ini bolehlah muat turun panduan menggunakan google drive di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BKP) dengan KLIK di sini.

Sumber: BPK


EmoticonEmoticon