Seronok Belajar Guna Khan Academy Kids. Pada hari ini, Cikgu Press ingin berkongsi satu aplikasi program pendidikan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Playstore. Aplikasi telefon ini sangat menyeronokkan dengan pelbagai fungsi seperti mendengar cerita, belajar membaca, mengira, mewarna dan sebagainya.

Aplikasi yang Cikgu Press maksudkan ialah Khan Academy Kids. Khan Academy Kids ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dua hingga tujuh tahun dan sangat sesuai untuk mengajar Bahasa Inggeris di awal usia.



Apa Itu Khan Academy Kids


Khan Academy Kids adalah program pendidikan percuma, menyeronokkan, yang direka untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk menjadi pelajar seumur hidup. Kurikulum Kanak-kanak Khan Akademi yang mantap dan kandungan asal menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun.


Belajar dengan gembira menggunakan Khan Academy Kids dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca, menulis, mengenal nombor dan dalam masa yang sama membantu murid untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Pelbagai pilihan kategori pembelajaran

Khan Academy Kids mempunyai beribu-ribu aktiviti pendidikan, buku, lagu, dan permainan untuk kanak-kanak dan sesuai dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas untuk murid pra sekolah dan tahun satu.

Baca 16 Aplikasi Interaktif Dalam PAK21

Kanak-kanak boleh belajar membaca, bahasa, menulis, matematik, pembangunan sosial-emosi, dan banyak lagi. Aktiviti terbuka dan permainan seperti lukisan dan pewarna menggalakkan kreativiti dan ekspresi diri murid.

Mendengar cerita. Sangat seronok

Selamat mencuba.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Like Us On Facebook