Image by StudentQR |
MySekolah Sejahtera adalah sistem aplikasi dari StudentQR yang digunakan bagi membendung penularan COVID-19 di sekolah. MySekolah Sejahtera menggunakan teknologi kod QR tercanggih untuk membantu sekolah dalam merekod dan memantau pelajar, guru, dan pelawat dengan cekap, cepat, dan mudah.
Berdasarkan website studentqr.com, sistem MySekolah Sejahtera adalah percuma di mana pihak sekolah boleh merekod kehadiran dan suhu pelajar dengan lebih pantas dan cekap mengikuti SOP yang ditetapkan KPM
- Setiap pelajar dan guru akan diberikan kod QR tersendiri dan boleh dijadikan tag.
- Pelajar serta guru perlu tunjukkan kod QR setiap kali memasuki kawasan sekolah lalu diimbas menggunakan aplikasi khas StudentQR Points, seterusnya direkodkan dalam admin dan ibu bapa akan mendapat notifikasi.
- Pelawat pula perlu mengimbas kod QR yang telah ditampal di pintu masuk sekolah dan akan terus ke borang online melalui pelayar di mana mereka dapat mengisi maklumat diri sebelum memasuki sekolah.
- Log keluar-masuk pelajar, guru dan pelawat dapat dilihat dalam satu admin dashboard.
- Buat masa ini, lebih daripada 400 buah sekolah dan tadika yang telah berdaftar menggunakan sistem aplikasi ini.
Kelebihan MySekolah Sejahtera
- Membantu kerajaan menangani wabak COVID-19 di sekolah.
- Membantu sekolah memantau lokasi pelajar semasa merebaknya Covid-19.
- Membantu sekolah memantau kesihatan pelajar & guru dengan pantas
- Ibubapa boleh memantau kesihatan anak-anak mereka semasa di sekolah.
- Memantau kehadiran pelawat dan suhu dengan cepat, selamat dan terkawal.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web mysekolahsejahtera atau boleh terus hubungi pihak MySekolah Sejahtera melalui link WHATSAPP
Penafian: Segala maklumat yang dipaparkan adalah bertujuan memberi maklumat sahaja
Sumber: Facebook/ studentqr.com