Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Proses Penjajaran Kurikulum Pembelajaran Teradun

Kurikulum dijajarkan dengan penyusunan semula dari aspek kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan
penjajaran kurikulum pembelajaran teradun

Bagaimana Melaksanakan Penjajaran Kurikulum. Berdasarkan takwim persekolahan asal yang disediakan oleh KPM, sehingga 12 Mac 2020 iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama, murid telah menjalani 11 minggu sesi persekolahan dan hampir 30 peratus kandungan mata pelajaran telah diajar kepada murid.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pemulihan (PKPP), murid tidak dapat mengikuti sesi PdP secara bersemuka sebanyak 71 hari (mulai 23 Mac 2020 – 14 Julai 2020) yang meliputi hampir 49 peratus kandungan kurikulum. Kesannya murid telah ketinggalan dalam pembelajaran kerana aspek kandungan kemahiran dan nilai asas yang diperlukan untuk menyambung pembelajaran pada peringkat seterusnya tidak dapat disampaikan sepenuhnya

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sedia ada telah dijajarkan dengan penyusunan semula dari aspek kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Objektif utama penjajaran kurikulum adalah:

  • Memastikan kurikulum mata pelajaran tahun 2020 dapat disampaikan kepada murid
  • Merapatkan jurang pembelajaran murid akibat PKP
  • Menyediakan alternatif terhadap akses pembelajaran selain dari kaedah secara dalam talian
  • Mengatasi pelbagai kekangan apabila melaksanakan pembelajaran secara dalam talian - tiada peranti & capaian internet, ekosistem pembelajaran kurang kondusif
  • Menghasilkan model penjajaran kurikulum semasa dan selepas krisis
  • Menghasilkan model penjajaran kurikulum yang boleh diaplikasikan kepada semua kurikulum

Muat turun Kit Penjajaran Kurikulum melalui laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk makluman semua pihak sempena pembukaan sekolah.


Proses Penjajaran Kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum

penjajaran kurikulum







Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.