Cadangan Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2020. Setiap tahun pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi menyambut bulan kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Akibat penularan covid-19 ketika ini, sambutan di setiap peringkat mesti berbeza. Walaupun penularan covid-19 masih aktif di Malaysia dan kita tidak bebas sepenuhnya, sambutan bulan kemerdekaan masih boleh diteruskan dengan pelbagai cara dan kaedah dalam masa sama mengikut garis panduan (SOP) yang ditetapkan, . 

Sambutan kemerdekaan ini dianjurkan bagi memperingati sejarah pahit getir negara ini untuk bebas dari penjajah. Selain itu, sambutan kemerdekaan di anjurkan di sekolah-sekolah bagi mendedahkan generasi muda tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan bebas.

Baca Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2020

Kemerdekaan tidak akan diperolehi jika perpaduan antara kaum tidak wujud. Dengan menyambut hari kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan, kita dapat belajar pahit getir nenek moyang kita berjuang demi mempertahankan negara kita dari dijajah.

Dengan menghayati bulan kemerdekaan, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia.  Sempena bulan kemerdekaan ini, jangan kita biarkan anasir luar mengugat kedaulatan negara kita. Hayati dan semailah semangat cintakan kemerdekaan di dalam hati. Kuatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Hari ini CikguPress nak kongsi cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan di sekolah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah semasa penularan covid-19


Cadangan Aktiviti Semasa Bulan Kemerdekaan Akibat Pandemik Covid-19

  1. Pertandingan menyanyi lagu patriotik dalam kelas
  2. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan (mungkin boleh menggunakan borang biasa, mobile apps, google form, quizze dan lain-lain)
  3. Pertandingan mendeklamasi sajak dalam kelas
  4. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
  5. Pertandingan membuat blog hari kemerdekaan (blogspot, wordpress dan lain-lain)
  6. Pertandingan  mewarna
  7. Pertandingan menulis esei hari kemerdekaan  atau tokoh kemerdekaan
  8. Pertandingan membina replika/tugu kebangsaan dengan bahan terbuang di dalam kelas
  9. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan gunakan pelbagai aplikasi telefon dan lain-lain
  10. Pertandingan "selfie" sempena Hari Kebangsaan
  11. Pertandingan teka silang kata
  12. Pertandingan melukis kartun atau karikatur tokoh merdeka
  13. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
  14. Pertandingan mencipta doodle hari kemerdekaan
  15. Pertandingan melukis batik
  16. Pertandingan fotografi
  17. Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan di dalam kelas
  18. Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
  19. Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
  20. Membuat portfolio sejarah kemerdekaan
  21. Melukis gambar tokoh kemerdekaan
  22. Kibarkan jalur gemilang di dalam kelas
  23. Hasilkan sudut patriotik di dalam kelas
  24. Bicara spontan Hari Kebangsaan dalam kelas
  25. Ceramah bulan kemerdekaan (pastikan jarak kedudukan setiap murid 1 meter)
  26. Ceramah tokoh-tokoh kemerdekaan (pastikan jarak kedudukan setiap murid 1 meter)
  27. Tayangan video sempena kemerdekaan (pastikan jarak kedudukan setiap murid 1 meter)
  28. Pelancaran Hari Kemerdekaan (pastikan jarak kedudukan setiap murid 1 meter)
Aktiviti sempena bulan kemerdekaan akibat penularan covid-19 mungkin berbeza untuk setiap sekolah kerana ada sesetengah sekolah murid terlalu ramai. Untuk lebih selamat, sekolah perlu batalkan aktiviti yang melibatkan pelajar berkumpul secara ramai. Aktiviti sambutan kemerdekaan di dalam bilik darjah adalah digalakkan. 

Semoga perkongsian ini memberi infomasi dan maklumat kepada sekolah-sekolah dalam merancang program sempena hari kemerdekaan akibat penularan covid-19 ini. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Kebangsaan.

Jangan lupa kongsikan aktiviti di sekolah cikgu2 ya..

Post a Comment

Previous Post Next Post