Adakah Pertukaran Guru 2021 Berdasarkan Wajaran Pertukaran

wajaran pertukaran guru

Adakah Pertukaran Guru 2021 Berdasarkan Wajaran Pertukaran? eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Baca Semak Keputusan Pertukaran Sesi Januari 2021

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah

  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.


Wajaran Pertukaran Guru

Adakah Pertukaran Guru 2021 Berdasarkan Wajaran Pertukaran? 

Cikgu Press juga tidak pasti sama ada sistem pertukaran guru pada kali ini masih ditentukan berdasarkan jadual Wajaran Pertukaran Guru ataupun tidak. Jadual Wajaran Pertukaran Guru ini telah dikongsikan oleh pegawai di bahagian pertukaran menerusi facebook pada tahun 2019.

Sekiranya kelulusan pertukaran ini berdasarkan jadual Wajaran Pertukaran Guru seperti tahun 2019, Guru-guru yang dapat berpindah ke negeri atau daerah yang dipohon mungkin mempunyai mata (point) yang tinggi dan melayakkan mereka berpindah.

Walaubagaimana pun apa yang pasti, permohonan yang diluluskan bergantung kepada kes-kes yang kronik, kekosongan jawatan di negeri atau daerah semasa dan keperluan perkhidmatan. 


wajaran pindah

Semoga guru-guru yang memohon pertukaran mendapat khabar gembira. Yang tidak dapat boleh lah memohon di sesi yang seterusnya. 



أحدث أقدم