Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Keputusan Pertukaran Guru Sesi Januari 2021

pertukaran guru sesi 2021

Keputusan Pertukaran Guru Sesi Januari 2021. Semakan keputusan pertukaran antara bahagian/antara negeri / antara daerah dan dalam daerah, Kementerian Pendidikan Malaysia sesi Januari 2021 boleh disemak melalui modul e-gtukar seperti ketetapan berikut:

  • Pertukaran antara bahagian / antara negeri pada 12 disember 2020
  • Pertukaran antara daerah dan dalam daerah pada 31 disember 2020
  • Keputusan penempatan antara bahagian / antara negeri pada 31 disember 2020

Semakan kelulusan permohonan boleh dibuat pada 12/12/2020 mulai jam 23.00 malam.

KPM ingin memaklumkan bahawa bagi kelulusan sesi Januari 2021 terdapat dua (2) tarikh bagi kuat kuasa pertukaran guru:

  • Tarikh kuat kuasa dan lapor diri pada 20 Januari 2021 (SR&SM) bagi guru bukan kelas peperiksaan.
  • Tarikh kuat kuasa dan lapor diri pada 05 April 2021 selepas tamat peperiksaan awam bagi guru kelas peperiksaan SPM & STPM

Semak keputusan di sini - eGTukar

Sebarang rayuan tidak dibenarkan

Permohonan tuan/puan yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan semula mulai bulan Februari 2021. Jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran, tuan/puan boleh merujuk kepada:

Pejabat Pendidikan Daerah

Permohonan dalam daerah bagi sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah

Jabatan Pendidikan Negeri

  1. Permohonan antara daerah bagi sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah
  2. Permohonan antara negeri bagi sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah 

BPLTV

Permohonan bagi sekolah menengah teknik dan kolej vokasional

BPI

Permohonan bagi sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah menengah agama negeri, sekolah agama bantuan kerajaan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan rendah

BPSBP 

Permohonan bagi sekolah berasrama penuh

BPKHAS 

Permohonan bagi sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas, sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas vokasional

BSKK

Permohonan bagi sekolah sukan malaysia dan sekolah seni malaysia

 

 


Post a Comment for "Keputusan Pertukaran Guru Sesi Januari 2021"