Buku Teks Sekolah Versi Digital di DELIMa

Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)

Buku Teks Sekolah Versi Digital di DELIMa. Setiap pelajar dan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibekalkan dengan e-mel MOE Digital Learning (DL). Melalui email yang dibekalkan, setiap pelajar dan guru dapat mengakses portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)

Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)

Portal DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.

Di dalam portal DELIMa, KPM telah menyediakan buku teks sekolah versi digital untuk semua pelajar. Untuk mengakses kandungan buku teks yang telah disediakan, guru dan pelajar perlu log in dengan menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan.

Koleksi buku teks yang telah disediakan dalam platform DELIMa ini dapat membantu guru dan pelajar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah. 

Baca Buku Teks Sekolah Versi Digital KPM eTextbook Reader

Cara Akses Buku Teks Melalui Delima

1.Log masuk laman sesawang DELIMa - KLIK SINI menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) Cth: g-12345678@moe-dl.edu.my

buku teks delima


2.Klik Murid atau Guru

buku teks delima


3. Klik Buku teks digital

buku teks digital


4. Klik pada pautan tahun atau tingkatan yang dikehendaki / selesai

buku teks digital


Previous Post Next Post