Sidang Media KPM: PdPR Disambung 13 Jun

pdpr disambung 13 jun


Melalui sidang media khas pengoperasian sekolah KPM menerusi Live Facebook Dr. Radzi Jidin dan siaran TV, Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa PdPR diteruskan selama 25 hari yang akan bermula pada 13 Jun 2021 bagi kumpulan A dan 14 Jun 2021 bagi kumpulan B. 




Menurut Dr. Radzi Jidin menerusi sidang media tersebut, PdPR  perlu dilaksanakan sepanjang tempoh 25 hari selepas cuti pertengahan tahun yang akan bermula pada 13 dan 14 Jun 2021.


[Baca] PdPR Selama 25 Hari Bermula 13 dan 14 Jun


Menurut Menteri Kanan Pendidikan,  Semua sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ini mengikut takwim masing-masing.




Selain itu, bagi sesi persekolahan seterusnya selepas 25 dan 26 Julai, KPM akan memaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tamat cuti pertengahan penggal sama ada sekolah dibuka atau PdPR diteruskan berdasarkan situasi semasa. 


pdpr disambung


Dalam pada itu, beliau memaklumkan PdPR dijalankan mengikut kesesuaian murid dan guru yang merangkumi Kurikulum, TV Pendidikan dan Sokongan bagi menjayakan PdPR ini. Ibubapa dan guru-guru boleh memanfaatkan rancangan pelajaran menerusi DidikTV sepanjang tempoh PdPR yang akan dilaksanakan.



Penjajaran Kurikulum


Bagi melaksanakan PdPR dengan berkesan, Penjajaran kurikulum dilakukan dengan kurikulum disusun 3 kepada

  • kandungan asas
  • kandungan tambahan
  • kandungan pelengkap


Ini kerana guru lebih mengetahui kebolehan dan keupayaan anak didik mereka bagi meningkatkan kemerjadian murid. Oleh yang sedemikian, guru boleh memilih kaedah, cara, teknik terbaik menggunakan manual PdPR yang telah diberikan


[Download] Manual PdPR Versi 2




TV Pendidikan


DidikTV , kandungan siaran mengikut silibus 15jam waktu setiap hari.



Sistem Sokongan

  • kaunseling guru dan pelajar
  • bimbingan rakan sebaya
  • kursus dan latihan untuk guru
  • komunikasi ibubapa/penjaga dengan pihak sekolah dan PIBG 



 Inisiatif CERDIK 


Inisiatif CERDIK iaitu Projek Rintis Peranti yang kini masih diteruskan bagi kumpulan sasar B40


cerdik


Setakat ini, 12,887 unit telah diagihkan, 40,290 pada 12 Jun dan baki 96,823 pada September 2021.


cerdik


Rayuan Sekolah Khusus


Semakan keputusan sekolah khusus iaitu SBP, SMKA, KV, SMT dan SMTKV boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 dan pendaftaran secara online boleh dibuat mulai 13 Jun dan 14 Jun.


sekolah khusus

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021


Pelajar yang akan menduduki SPM 2021, tarikh peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada tarikh berikut:


  • Ujian lisan & Amali Sains : Februari 2022
  • Peperiksaan Bertulis : Bermula Mac 2022


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

[LIVE] Sidang Media Khas KPM 


Sumber: KPM / Dr. Radzi Jidin

Previous Post Next Post