Contoh Surat Rayuan Pindah Guru

rayuan pindah


Beberapa hari yang lalu, laman eGTukar meriah kerana ramai guru-guru berjaya dalam permohonan pertukaran antara negeri dan bahagian pada kali ini. Pada 13 Disember ini pula, guru-guru yang memohon  perpindahan  antara daerah dan dalam daerah juga boleh menyemak keputusan menerusi portal egTukar.


Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah berjaya pindah. Bagi guru yang tidak berjaya pindah bolehlah mencuba nasib pada tahun hadapan.


Di sini admin ingin kongsikan contoh surat rayuan yang telah admin gunakan semasa memohon perpindahan dari Sabah ke Pulau Pinang pada tahun 2014 dan dari Pulau Pinang ke Kelantan pada tahun 2020.  Alhamduillah admin berjaya pindah masuk ke negeri kebal iaitu Kelantan pada tahun 2020 tanpa menggunakan pengaruh ahli politik dan pihak ketiga. 


Alhamduilillah setiap kali musim egTukar admin akan menggunakan surat rayuan ini selepas mengisi permohonan secara online. Sebelum pihak atasan membuat mesyuarat berkaitan perpindahan ini, adalah lebih baik jika kita menghantar surat rayuan dahulu supaya nama kita tersenarai (jika rezeki). Boleh juga jumpa pegawai yang berkenaan untuk menolong kita. 


Admin percaya setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Lambat atau cepat perpindahan kita ke negeri yang diminta itu bukan urusan kita yang penting kita berusaha mencuba nasib. Mungkin surat rayuan ini adalah usaha yang boleh kita lakukan untuk pindah. Apa yang penting mohon lah doa kepada Allah swt supaya kita ditempatkan di tempat mengajar yang lebih baik. 


Surat rayuan yang admin kongsi ini bukanlah penentu untuk kita diluluskan berpindah tetapi satu altenatif atau usaha yang boleh digunakan untuk kita mencuba nasib dalam berpindah. Semoga dapat membantu guru-guru yang gagal untuk berpindah. Semoga berjaya kepada semua yang memohon pindah

 Download

Semasa menghantar surat rayuan, pastikan kita melampirkan surat sokongan seperti 
  • surat majikan pasangan bekerja di negeri yang dimohon
  • akuan surat sakit bagi diri sendiri /pasangan/anak atau ibubapa yang disahkan oleh pakar
  • surat gagal permohonan
  • surat menyambung pelajaran atau tawaran belajar di negeri yang dimohon
  • lain-lain surat sokongan


rayuan pindah

rayuan pindah

rayuan pindah


Previous Post Next Post