Permohonan PISMP Ambilan Tahun 2022 (MBK)



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


Pengenalan PISMP Laluan Khas Murid Berkeperluan Khas (MBK)

  1. Program ini dikhususkan untuk calon murid berkeperluan khas bagi mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.


Tarikh Permohonan


Tarikh permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah pada 15 Mac 2022 hingga 15 April 2022


Syarat dan Kelayakan Asas

  1. Warganegara Malaysia.  
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2022.  
  3. Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).  
  4. Boleh mengurus diri sendiri.  
  5. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
  6.  Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  
  7. Memperolehi sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta LULUS Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.  
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online


Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Senarai bidang dan pengkhususan yang ditawarkan boleh dilihat melalui iklan permohonan PISMP  Iklan PISMP 


Calon Yang Tidak Layak Memohon

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.  
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.  
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.  
  4.  Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah


Cara Membuat Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021.
  2.  Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), perlu menghadiri temu duga secara dalam talian serta menyediakan rakaman video kecergasan fizikal (VKF).  
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkanmaklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga secara dalam talian, video kecergasan fizikal (VKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
  4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup  
  5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.  
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


Maklumat dan Perhatian

  • Permohonan yang berjaya dihantar dan disahkan akan menerima tarikh menduduki e-UKCG. Tarikh e-UKCG adalah muktamad.  
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.  
  • Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting seperti Kalendar Aktiviti Proses Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2022, walau bagaimanapun KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.


Sumber / Rujukan: KPM






أحدث أقدم