Permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam.


Pengenalan PPC Pendidikan Islam

  1. Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama empat (4) tahun.
  2.  Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru.


Syarat dan Kelayakan Asas

  1. Warganegara Malaysia.  
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.  
  3. Sihat tubuh badan.  
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
  5. Calon SPM tahun 2021.


Bidang Pengajian yang Ditawarkan

A. Bidang Bahasa Arab (Lughah)

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam mana-mana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat al-Quran, Hifz al-quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-'Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah, Al-Adab Wa Al-Balaghah dan
  2. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.


B. Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam mana-mana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-'Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah, Al-Adab Wa Al-Balaghah dan
  2.  Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.


C. Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam mana-mana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-'Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah, Al-Adab Wa Al-Balaghah
  2. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.


Calon Yang Tidak Layak Memohon

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.  
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.  
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.  
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


Cara Membuat Permohonan


  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021.
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), perlu menghadiri temu duga secara dalam talian serta menyediakan rakaman video kecergasan fizikal (VKF).  
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga secara dalam talian, video kecergasan fizikal (VKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
  4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup  
  5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.  
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.  
  7. Pemohon juga perlu mengemukakan permohonan menyambung pengajian ke Timur Tengah daripada Bahagian Education Malaysia (BEM) melalui pautan berikut: https://dohe.moe.gov.my/timurtengah. Adalah diingatkan kepada semua pemohon, kegagalan mengemukakan permohonan ke Bahagian Education Malaysia boleh menyebabkan tawaran terbatal sekiranya ditawarkan. Urusan permohonan daripada BEM adalah dibawah tanggungan calon termasuk kos permohonan.


 Maklumat dan Perhatian

  1. Permohonan yang berjaya dihantar dan disahkan akan menerima tarikh menduduki e-UKCG. Tarikh e-UKCG adalah muktamad.  
  2. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.  
  3. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting seperti Kalendar Aktiviti Proses Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan tahun 2022, walau bagaimanapun KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.


Sumber / Rujukan: KPM

   





أحدث أقدم