Kalkulator Merit Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

kalkulator merit

Kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi,  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan Kalkulator Merit sebagai aplikasi pengiraan markah merit pelajar. 

Kalkulator Merit yang disediakan ini boleh digunakan untuk  membuat pengiraan Markah Merit UPU menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum) bagi calon lepasan SPM 2021/2022 dan setaraf serta lepasan STPM dan setaraf. 

Pengiraan merit boleh dilakukan dengan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di UPUOnline dan Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Lepasan SPM 2021/2022 boleh membuat pengiraan merit melalui Aplikasi UPUPOCKET. Sistem pengiraan merit terkini melalui laman web UPU boleh dilakukan apabila calon log masuk ke dalam profil masing-masing

Cara penggunaan kalkulator merit

1. Buka laman kalkulator merit UPUVisit Link

2. Pilih kategori seperti Lepasan SPM dan setaraf atau lepasan STPM dan setaraf

3. Masukkan semua maklumat seperti yang dinyatakan dalam infografik di bawah dan klik Kira

4. Markah merit akan terpapar 

kalkulator merit


kalkulator merit


kalkulator merit


Sumber: KPT

Previous Post Next Post