Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam.
Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2 telah dibuka pada 9 Jun 2023 pada pukul 3.00 petang dan akan ditutup pada 12 Jun 2023 pada pukul 11.59 malam.
Permohonan PISMP terbuka kepada lulusan SPM yang memenuhi syarat dan belum membuat permohonan pada ambilan pertama.
Baca Juga Keputusan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru
Permohonan PISMP ini juga terbuka kepada calon yang pernah memohon pada ambilan pertama tetapi belum menduduki UKCG.
Calon yang telah menduduki UKCG pada ambilan pertama tidak layak memohon pada ambilan kedua.
Syarat dan Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2023.
- Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).
- Boleh mengurus diri sendiri.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta LULUS Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online)
Cara Membuat Permohonan
Sumber: https://pismp.moe.gov.my/