Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024

bantuan awal persekolahan 2024


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan  Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024 menerusi laman rasmi KPM.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP. Bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid. 

Bantuan BAP akan disalurkan bermula bulan Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing. 

KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

Kenyataan Media - Download

Sumber: KPM

bap 2024


Previous Post Next Post