Niat Puasa Ramadan Harian dan Sebulan (JAKIM)

Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada Selasa atau 12 Mac 2024 bersamaan dengan 1 Ramadan 1445 Hijrah. 

Pada hari ini, Cikgu Press ingin kongsikan lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai rujukan kita yang akan memulakan ibadah puasa pada selasa nanti.

Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian / Sebulan

Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

niat puasa ramadan

Sumber: JAKIM

Niat puasa setiap malam atau sebulan terus?

Berikut pandangan setiap mazhab akan hal ini.

✅MAZHAB SYAFI’IE

- Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.

✅MAZHAB MALIKI

- Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.

✅PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE

- Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.

✅KESIMPULAN

Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa.

Sumber: JAKIM 

Previous Post Next Post