Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)




Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.
1. Round Table
 • Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
 • Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
 • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
 • Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah
2. Think-Pair-Share
 • Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
 • Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
 • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
3. Hot Seat
 • Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
 • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
 • 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
4. Deklemasi Sajak / Nyanyian
 • Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
 • Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
 • Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
5. Pembentangan Hasil Sendiri
 • Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
 • Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
6. Role-Play
 • Murid diberi peranan dan watak.
 • Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
 • Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
 • Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
 • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
 • Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. Three Stray, One Stay
 • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
 • Hasil kerja ditampal.
 • Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
 • Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
9. Peta i-Think
 • Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
 • Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.

Sumber: http://jpnperak.moe.gov.my

print this page Print this page
Previous Post Next Post