Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) KPM Tahun 2019



MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2019 BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Permohonan kemasukan murid ke Program Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2019 dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2018 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara dan kepada semua murid Tingkatan 3 tahun 2018 yang bersekolah di semua sekolah menengah di seluruh negara.

Murid-murid  yang terpilih ke Asrama Malaysia akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

































Bil.Asrama MalaysiaNama Sekolah 
1AMal Kuala LumpurVictoria Institution, Kuala LumpurLelaki Sahaja
2AMal JohorSmk (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, JohorPerempuan Sahaja
3AMal SabahMaktab Sabah, Kota Kinabalu, SabahLelaki & Perempuan
4AMal SarawakKolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri, SarawakLelaki & Perempuan

 

Panduan Permohonan Kemasukan Ke Program Asrama Malaysia (AMal) 2019

1. Dasar Pengambilan Murid AMal

  1. Pengambilan Murid AMal terbuka kepada semua bangsa dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).

  2. Permohonan AMal ke Tingkatan 1 terbuka kepada murid tahun 6 pada tahun semasa dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara dan Permohonan AMal ke Tingkatan 4 terbuka kepada murid Tingkatan 3 tahun semasa dari sekolah menengah pemohon.

  3. Jawatankuasa Pemilihan Murid AMal Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.


2.Syarat Permohonan

  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.

  2. Terbuka kepada semua kaum.

  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.

  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.

  5. Sekiranya Murid AMAL keluar daripada Program Asrama 1Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan dikeluarkan daripada sekolah AMAL sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM.

  6. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  7. Sijil lahir / Kad pengenalan  pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).

  8. Keputusan UPSR  bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).

  9. Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain.

  10. Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh  Suruhanjaya  Sumpah / Ketua Kampung  atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji.

  11. Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal.

  12. Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai


3. Proses Permohonan

  1. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

  2. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.

  3. Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Asrama Malaysia (AMal).

  4. Permohonan bagi murid semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid adalah bawah tanggungan sendiri.

  5. Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua atau Pentadbir sekolah semasa pemohon sebelum menghantar borang permohonan.

  6. Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.


Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2019 melalui saluran berikut:

a. Melalui Sekolah Semasa:

Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya


b.Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal) :

Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:

  1. Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau

  2. SMK (P)  Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau

  3. Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau

  4. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak


c.Kementerian Pendidikan Malaysia :

Pemohon menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada :

Unit Pengurusan Asrama Harian
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  • Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :

  • Bagi Tingkatan 1: 30 November 2018

  • Bagi Tingkatan 4: 29 Disember 2018


Muat turun borang permohonan di https://www.moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian

Sumber: KPM
Previous Post Next Post