Susu amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan menguatkan tulang bagi golongan dewasa terutama wanita agar dapat membantu mengelakkan masalah osteoporosis (tulang rapuh).

Susu ialah sumber makanan yang mengandungi vitamin D dan ejen utama kalsium. Malangnya, ramai yang mengabaikan pengambilan susu setiap hari hingga akibatnya berlaku masalah gigi dan tulang rapuh.



Ibubapa, guru dan pengusaha kantin perlu memainkan peranan yang penting dalam mengalakkan pelajar untuk meminum susu dan menjadikan susu sebagai diet harian mereka.

Baca infografik oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang peranan kita dalam menggalakkan anak minum susu.

Infografik: Bahagian Pemakanan, KKM