Templat Pelaporan Gabungan 2018 adalah khusus untuk kegunaan guru kelas atau guru tingkatan bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2018. Templat ini mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh murid dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Ia membantu guru kelas dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibubapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.

Baca Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Selain itu templat gabungan ini membantu memudahkan pengurusan rekod perkembangan pembelajaran murid dengan hanya satu pelaporan mewakili semua mata pelajaran. Sehubungan itu juga memberi kemudahan untuk proses cetakan dan tidak membebankan pihak sekolah dengan membantu dari segi penjimatan kos kertas dan sebagainya.

Sekolah Rendah

  1. Templat Pelaporan PBD Kelas 2018 KSSR Semakan Tahun 1 v2

  2. Templat Pelaporan PBD Kelas 2018 KSSR Semakan Tahun 2



p/s: untuk kegunaan kssr semakan 2017

Sekolah Menengah

  1. Templat Pelaporan PBD Kelas 2018 KSSM Tingkatan 1 V2

  2. Templat Pelaporan PBD Kelas 2018 KSSM Tingkatan 2


 

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum