Mengapa Intervensi Diperlukan?
Intervensi di dalam kelas perlu dilaksanakan bagi,
- Mencegah Jurang Pembelajaran yang Melebar: Masalah pembelajaran yang kecil jika tidak dibendung dari awal boleh menjadi semakin besar dan sukar diatasi. Intervensi bertindak sebagai langkah pencegahan.
 - Pengajaran Berasaskan Data: Guru tidak lagi membuat andaian. Keputusan untuk melakukan intervensi adalah berdasarkan bukti kukuh iaitu data daripada kuiz, pemerhatian, perbincangan, atau tugasan murid.
 - Memperkukuh Kefahaman: Ia memberikan murid peluang kedua untuk memahami konsep yang sukar sebelum guru meneruskan dengan topik baru, justeru memastikan tiada murid yang ketinggalan.
 - Meningkatkan Keyakinan Murid: Apabila seorang murid berjaya menguasai sesuatu konsep yang sebelumnya sukar, motivasi dan keyakinan dirinya untuk belajar akan meningkat.
 
Hari ini Cikgu Press ingin kongsikan contoh ulasan intervensi yang boleh ditulis dalam ruangan penilaian PBD berterusan di Sitem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.
Contoh Ulasan Intervensi PBD
Ulasan Intervensi Subjek Umum
- Pelbagaikan kaedah pdpc yang lebih menarik seperti belajar melalui permainan, supaya menarik minat pelajar.
 - Guru membimbing murid yang berpotensi tetapi menghadapi masalah secara individu cara untuk menyelesaikan masalah rutin.
 
Ulasan Intervensi Subjek Bahasa Melayu
- Kelas pemulihan.
 - Bimbingan menyebut dan mengeja.
 - Latihan berfokus dan latihtubi bersama rakan pembimbing.
 - Berfokus pada tulisan/ejaan.
 - Latihan bacaan dengan membunyikan sukukata.
 
Ulasan Intervensi Subjek Bahasa Inggeris
- Practice reading and pronouncing using the flashcards or more visual aids with their peers help.
 - Fun learning methods-language games, digital aids
 - Giving them a very simple reading task and practice using the picture as their guidance to understand better.
 - Drill on the language pattern they have learnt repeatedly and giving token as their achievement will help them to gain their confident level.
 
Ulasan Intervensi Subjek Matematik
- Sebut dan kenal nombor dengan bantuan rakan pembimbing.
 - Latih tubi padankan nombor.
 - ABM grafik beserta bilangan.
 - Latih tubi dibantu mentor masing-masing.
 - Latihan secara berpasangan.
 - Latih tubi perbandingan pecahan.
 

Post a Comment for "Contoh Ulasan Intervensi PBD Berterusan"