Contoh Ulasan Guru Kelas Untuk PBD

ulasan guru kelas pbd

Guru kelas perlu memberi ulasan keseluruhan bagi tahap pencapaian murid dalam pentaksiran bilik darjah (PBD) secara pemerhatian, refleksi, dan penilaian profesional yang disampaikan oleh guru tentang perkembangan holistik seorang murid. Ia melangkaui skor ujian dengan menangkap aspek-aspek yang sukar diukur oleh peperiksaan tradisional, seperti:

  • Sikap dan Nilai: Kerajinan, rasa tanggungjawab, hormat-menghormati, dan semangat bekerjasama.
  • Kemahiran Sosial: Kemampuan untuk berkomunikasi, menyelesaikan konflik, dan bekerja dalam kumpulan.
  • Proses Pembelajaran: Ketekunan ketika menghadapi cabaran, strategi ketika membuat kesilapan, dan daya tahan mental.
  • Bakat dan Minat Individu: Perkembangan dalam bidang selain akademik seperti seni, sukan, atau kepimpinan.

Contoh Ulasan Guru Kelas

Berikut adalah contoh ulasan guru kelas yang boleh digunakan untuk memberi refleksi murid tentang tahap penguasaan murid sepanjang tahun. 

  1. Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.
  2. Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
  3. Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
  4. Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
  5. Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.
  6. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang  lebih baik.
  7. Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini ………….
  8. Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.
  9. Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
  10. Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.
  11. Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
  12. Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.
  13. Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu
  14. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
  15. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  16. Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.
  17. Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.
  18. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.
  19. Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan  memahami apa yang diajar oleh guru dengan   baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda
  20. Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
  21. Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di  dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
  22. Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran
  23. Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran.
  24. Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
  25. Perbanyakkan latihan bagi matapelajaran yang lemah.
  26. Lemah dalam penguasaan matematik. Banyakkan membuat latihan di rumah. Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap    pelajaran  di  dalam kelas.
  27. Anda mampu  meningkatkan pencapaian  dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
  28. Berpotensi untuk mencatat kejayaan lebih cemerlang. Berusahalah untuk lebih berinteraksi di dalam kelas dan tunjukkan potensi anda.
  29. Tahniah di atas usaha anda.  Mantapkan lagi keputusan anda di masa akan datang.
  30. Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar
  31. Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang  lebih baik.
  32. Tumpukan perhatian di dalam kelas. Banyakkan mengulangkaji pelajaran dan latihan di rumah
  33. Tingkatkan lagi usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.
  34. Gandakan lagi usaha anda serta tumpukan perhatian di dalam kelas. Anda mampu melakukan yang lebih baik
  35. Banyakkan latihan terutama dalam pelajaran matematik. Berusahalah.
  36.  tingkatkan lagi daya usaha anda. Anda mampu melakukan yang lebih baik.

Menyediakan ulasan yang bermakna untuk setiap murid memerlukan masa dan tenaga yang besar. Ia memerlukan guru untuk menjadi pemerhati yang teliti dan reflektif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, impaknya terhadap motivasi murid dan keberkesanan pengajaran adalah tidak ternilai.

Dalam sistem pendidikan yang semakin terpesong dengan data kuantitatif, ulasan guru kelas mengingatkan kita bahawa pendidikan pada terasnya adalah tentang membina manusia. Ia adalah suara pengalaman, keprihatinan, dan profesionalisme guru yang menyampaikan cerita sebenar di sebalik setiap angka. 

Dengan memberikan perhatian yang serius terhadap kualiti ulasan ini, kita bukan sahaja meningkatkan amalan pentaksiran kita, malah kita menghormati dan memupuk potensi unik setiap anak didik yang berada di dalam jagaan kita. Ulasan ini, pada hakikatnya, adalah warisan seorang guru kepada perkembangan muridnya.

Post a Comment for "Contoh Ulasan Guru Kelas Untuk PBD"