Manfaat Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)


Manfaat Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM). Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) diperkenalkan oleh kerajaan dan perlindungan ini dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysa (KPM) melalui Bahagian Kewangan Kementerian itu terus kepada Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd. Perlindungan insuran ini diberikan kepada pelajar bermula daripada pelajar pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam (6)

Ramai di antara ibu bapa kurang menyedari tentang insuran perlindungan yang diperuntukkan kepada anak mereka yang belajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Perlindungan insuran ini adalah 24 jam di seluruh dunia dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak insuran. Untuk pengetahuan ibubapa, mereka boleh menuntut pampasan bilamana anak mereka masih bergelar pelajar jika berlaku kemalangan terhadap mereka.

Berikut adalah jumlah amaun yang boleh dituntut jika berlaku kecelakaan yang tidak diingini  kepada pelajar.


Tatacara Tuntutan TPSM


1.1 Notis Pemberitahuan Kemalangan/Tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan.

1.2 Murid atau waris boleh mengemukakan tuntutan terus ke cawangan Takaful yang berdekatan melalui sekolah dengan menggunakan Borang Tuntutan TPSM yang dikeluarkan oleh Takaful Malaysia yang boleh diperolehi melalui laman sesawang : takaful-malaysia.com.my

1.3 Borang Tuntutan hendaklah diisikan oleh sekolah berkenaan dengan mendapat
pengesahan dan perakuan daripada Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah.

1.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memastikan bahawa :

a. Murid yang menuntut adalah murid yang sah dan berdaftar di sekolah berkenaan.
b. Tuntutan yang dibuat benar-benar berada di bawah skop perlindungan yang
dinyatakan.

1.5 Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan betul dan tepat.

1.6 Semua borang mesti ditandatangani oleh Guru Besar, Pengetua atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas tentang Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM), bolehlah membaca info-info berkaitan dengan takaful ini dibawah

  1. Sijil Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

  2. Tatacara Tuntutan

  3. Borang Tuntutan

Semoga perkongsian berkaitan dengan Manfaat Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) dapat memberi info yang jelas kepada pihak sekolah dan ibubapa jika anak di bawah tanggungan mereka terlibat dengan kemalangan yang tidak diingini.

Sumber: KPM

2 Comments

  1. Skim tak guna anak sy patah tangan apa pon x blh claim

    ReplyDelete
  2. berapa lama masa diambil untuk membuat bayaran selepas borang dihantar. Anak saya meninggal kemalangan pada 2 Mac 2019. Hingga kini tiada sebarang jawapan??

    ReplyDelete
Previous Post Next Post