Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penyertaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)


Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) untuk Sesi 2018/2019.

Penyertaan SLAAS Sesi 2018/2019 adalah terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Malaysia. Sekolah-sekolah yang berminat boleh menghantar penyertaan, dokumen pelaporan dan juga video berdurasi tidak melebihi lima (5) minit secara atas talian ke email Jabatan Alam Sekitar Negeri masing-masing. tarikh tutup penyertaan adalah seperti dilampiran dan pihak sekolah juga boleh memuat turun di portal Jabatan Alam Sekitar (www.doe.gov.my)

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2018/2019, Garis Panduan Penyediaan Laporan SLAAS dan elemen khas Pengurusan dan Inovasi Kamar Selesa boleh layari pautan http://bit.ly/SLAAS2019

Sumber: KPM

Post a Comment for "Penyertaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)"