Permohonan eGTukar 2019 Dibuka 18 Februari. Makluman awal yang diterima, permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan dibuka mulai 18 Februari 2019 hingga 27 Mac 2019 bagi pertukaran guru sesi Jun 2019 dan Januari 2020.

Permohonan pertukaran guru tahun 2019 boleh dibuat melalui https://epgo.moe.gov.my. Sebarang perubahan tarikh dari pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan dimaklumkan kemudian.

Pengenalan Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar)


Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah

  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.

  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.

  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.

  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.

  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.


Skop e-GTukar adalah melibatkan pertukaran guru dari satu negeri ke negeri yang lain dan dari bahagian ke bahagian yang lain. Permohonan pertukaran ini melibatkan guru-guru di bawah kawalan

  • Bahagian Sekolah

  • Sekolah Berasrama Penuh

  • Jabatan Pendidikan Khas

  • Jabatan Pendidikan Jasmani & Sukan

  • Jabatan Pendidikan Teknikal

  • Jabatan Pendidikan Islam & Moral


Jenis Guru-guru yang terlibat membuat permohonan adalah

  • GURU AKADEMIK BIASA

  • GURU AGAMA

  • GURU PENDIDIKAN KHAS

  • GURU TEKNIK

  • GURU TEKNIK (LKTK)

  • GURU MPV

  • GURU VOKASIONAL

  • GURU BIMBINGAN/ KAUNSELOR


Semoga perkongsian Permohonan eGTukar 2019 Dibuka 18 Februari ini dapat memberi serba sedikit infomasi kepada guru-guru yang akan membuat permohonan pertukaran guru online.