Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3


Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3. Tugasan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 3 (TST3) merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan 3. TST3 ini memerlukan murid menjalankan penyelidikan sejarah melalui pengaplikasian Kajian Kes yang merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kurikulum Sejarah. Tahap Penguasaan (TP) Keseluruhan murid hendaklah direkodkan dalam Templat Pelaporan PBD dan Skor Keseluruhan murid dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) yang mewakili 20% wajaran daripada markah keseluruhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sejarah.





Objektif Tugasan KSSM Sejarah





Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3 membolehkan murid:





  • Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan penyelidikan sejarah.
  • Membudayakan pembelajaran berasaskan inkuiri semasa menjalankan penyelidikan sejarah dalam melahirkan murid yang berdaya fikir lestari selaras dengan prinsip Kelestarian Global.
  • Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid melalui penyelidikan sejarah.
  • Mengaplikasikan dan meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui penyelidikan sejarah berasaskan fakta sejarah yang tepat.
  • Membina kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang seimbang.
  • Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita dalam usaha melahirkan warganegara yang menghargai dan mensyukuri warisan sejarah negara.
  • Membina semangat patriotisme dalam kalangan murid bagi membentuk keterikatan emosi kepada negara.
  • Menghasilkan laporan bertulis dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk secara kreatif dan inovatif dengan berintegriti.








Pelaksanaan Tugasan





TST3 ditaksir secara individu. Namun begitu, murid boleh menjalankan penyelidikan secara individu atau berkumpulan tetapi laporan TST3 dan pembentangan mesti dibuat secara individu. TST3 ini dilaksanakan bermula dari bulan Mei hingga Jun.





Murid dikehendaki membina penyataan masalah daripada tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah, iaitu:





  • a) Tingkatan 1 – Sejarah Kita dan Dunia
  • b) Tingkatan 2 – Warisan Negara
  • c) Tingkatan 3 – Kedatangan Kuasa Asing








Muat turun Panduan Pentaksiran Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3 untuk makluman guru-guru dan pelajar.





Download SINI





Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum


Previous Post Next Post