Senarai Aktiviti Bulan Kemerdekaan Dan Hari Kebangsaan


Senarai Aktiviti Bulan Kemerdekaan Dan Hari Kebangsaan. Setiap tahun pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi menyambut bulan kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah,. negeri atau kebangsaan.

Sambutan kemerdekaan ini dianjurkan bagi memperingati sejarah pahit getir negara ini untuk bebas dari penjajah. Selain itu, sambutan kemerdekaan di anjurkan di sekolah-sekolah bagi mendedahkan generasi muda tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan bebas.

Baca Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2019

Kemerdekaan tidak akan diperolehi jika perpaduan antara kaum tidak wujud. Dengan menyambut hari kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan, kita dapat belajar pahit getir nenek moyang kita berjuang demi mempertahankan negara kita dari dijajah.

Dengan menghayati bulan kemerdekaan, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia.  Sempena bulan kemerdekaan ini, jangan kita biarkan anasir luar mengugat kedaulatan negara kita. Hayati dan semailah semangat cintakan kemerdekaan di dalam hati. Kuatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Hari ini CikguPress nak kongsi aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan di sekolah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah.


Pertandingan Semasa Bulan Kemerdekaan

  1. Pertandingan menyanyi lagu patriotik
  2. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan
  3. Pertandingan mendeklamasi sajak
  4. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
  5. Pertandingan membuat blog hari kemerdekaan (frog vlefrog/blogspot)
  6. Pertandingan  mewarna
  7. Pertandingan menulis esei
  8. Pertandingan membina replika/tugu kebangsaan
  9. Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan (fashion show)
  10. Pertandingan pantun Hari Kebangsaan
  11. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan
  12. Pertandingan "selfie" sempena Hari Kebangsaan
  13. Pertandingan teka silang kata
  14. Pertandingan treasure hunt/explorace merdeka
  15. Pertandingan tradisional (gasing, wau dll)
  16. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
  17. Pertandingan menghias basikal merdeka
  18. Pertandingan drama patriotisme
  19. Pertandingan tarian tradisional
  20. Pertandingan mencipta doodle hari kemerdekaan
  21. Pertandingan melukis batik
  22. Pertandingan fotografi

Aktiviti Kibarkan Semangat Kemerdekaan

  1. Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan
  2. Larian kemerdekaan/ Hari Kebangsaan
  3. Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
  4. Menghias kawasan sekolah sempena Hari Kebangsaan
  5. Menghasilkan kain rentang kemerdekaan
  6. Ceramah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan
  7. Perarakan Hari Kebangsaan/ Kawad kaki
  8. Melakonkan situasi hari kemerdekaan
  9. Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
  10. Tayangan video kemerdekaan (Sarjan Hassan dll)
  11. Sambutan Ambang Kemerdekaan (malam 30 ogos)
  12. Berbasikal sempena Hari Kebangsaan
  13. Membuat portfolio sejarah kemerdekaan
  14. Menghasilkan kain rentang kemerdekaan
  15. Konvoi merdeka
  16. Pameran kemerdekaan
  17. Kibarkan jalur gemilang
  18. Menjemput tentera/askar untuk membuat persembahan
  19. Hasilkan sudut patriotisme di dalam kelas
  20. Bicara spontan Hari Kebangsaan
  21. Pelancaran Hari Kemerdekaan
  22. Laungan Hari Kemerdekaan
Semoga perkongsian ini memberi infomasi dan maklumat kepada sekolah-sekolah dalam merancang program sempena hari kemerdekaan. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Kebangsaan.

Baca juga Muat Turun Lagu Malaysia Bersih
Previous Post Next Post