Sayembara Penulisan Semarak Merdeka . Melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan Islam KPM menganjurkan Sayembara Penulisan Semarak Merdeka dan Hari Malaysia Berteraskan Nilai Peringkat  Kementerian Pendidikan Malaysia 2019.

Sayembara ini dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia disamping sebagai pengukuhan kepada pelaksanaan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penyertaan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5 sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup sayembara: 18 Oktober 2019

Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan penyelaras sayembara, Encik  Ruzain Syukur bin Mansor, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 019-2103267.

Untuk maklumat lanjut, syarat dan borang penyertaan boleh dimuat turun daripada pautan berikut: Borang Permohonan

Sumber: KPM



Post a Comment