5 Contoh Aktiviti PAK21 Digariskan KPM

Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet, perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT dalam bilik darjah. Sebenarnya Pembelajaran Abad ke-21 bermaksud guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid (student-centred) serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid - Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof (Majalah Pendidik, 2016).

Baca Pembelajaran Abad Ke-21 

Pelbagai aktiviti pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang boleh dipraktiskan di dalam kelas mengikut keselesaan guru di mana dapat memberi impak yang positif kepada murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Di luar sana terdapat banyak contoh aktiviti PAK21, tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengariskan hanya 5 contoh aktiviti, di antaranya ialah



Contoh aktiviti PAK21



#1 Think Pair Share: Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan berkongsi dengan pasangan.




#2 Round Table : Murid mencatat satu idea secara bergilir berdasarkan tajuk yang diberi.



#3 Gallery Walk: Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dipamer atau diberi ulasan oleh rakan lain. Ulasan/pandangan ditulis di atas “sticky note”.



#4 Hot Seat: Seorang murid duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi “pakar” atau “watak” serta menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid lain.



#5 Stay Stray: Kaedah pembentangan dalam kumpulan kecil. Seorang ahli kumpulan ditugas memberi penerangan, manakala, ahli lain bergerak untuk melihat atau menyoal hasil kumpulan lain.


Semoga perkongsian tentang 5 contoh aktiviti PAK21 ini memberi infomasi kepada semua guru dalam menyediakan kelas PAK21.

Previous Post Next Post