Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)


Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ialah tempat penginapan yang disediakan oleh kerajaan untuk disewakan khusus kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun

Pelbagai jenis penginapan yang telah disediakan seperti banglo, apartmen, bilik, dorm dan sebagainya. RPP yang disediakan terletak di lokasi tumpuan percutian seperti Cameron Highland, Port Dickson, Langkawi, Penang dan sebagainya yang menjamin keselesaan kepada penginap dengan harga yang sangat murah berbanding hotel.

Tujuan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)


  • Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya.
  • Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut. Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja.
  • Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.
  • BPH akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penggunaan RPP dan RP yang telah disediakan sebagai salah satu kemudahan bagi penjawat awam dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan di RPP dan RP


Permohonan RPP Secara Online


Permohonan untuk mendapatkan kemudahan penginapan di RPP hanya boleh dilakukan secara online sahaja di laman web SBBPH. Permohonan bagi penginapan 3 September 2019 hingga 2 Januari 2020 telah dibuka pada 1 Julai 2019 yang lalu.

Di bawah adalah contoh tempahan RPP pada bulan Disember nanti. Penginapan pada tarikh yang dipilih akan terpapar jika terdapat kekosongan pada tarikh yang telah dipilih.


Senarai Rumah Peranginan Persekutuan


Senarai RPP yang terpapar bergantung kepada Gred yang disandang bagi penjawat awam. Di bawah adalah contoh senarai rumah peranginan bagi penjawat awam gred 44 dengan kadar sewa sekitar RM50 hingga RM250 semalam.


Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan


Pengurusan sistem online bagi tujuan tempahan penginapan RPP telah diseragamkan dan dibuka  3 kali setahun. Bagi mengetahui cara untuk membuat tempahan RPP, bolehlah memuat turun panduan yang telah disediakan,


Semoga perkongsian tentang Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan memberi infomasi kepada semua yang ingin mendapatkan kemudahan penginapan yang telah disediakan oleh kerajaan.

 Maklumat lanjut sila rujuk Bahagian Pengurusan Hartanah dengan KLIK sini
Previous Post Next Post