Takwim Persekolahan 2020 dan Cuti Perayaan


Takwim Persekolahan 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi portalnya telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2020 secara rasminya. Takwim yang telah dikeluarkan ini termasuk dengan cuti perayaan tahun 2020.


Takwim Persekolahan 2020


Berdasarkan takwim yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM, sesi persekolahan akan bermula pada 1 Januari 2020 (Rabu) bagi sekolah kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.



Sesi persekolahan bagi negeri kumpulan B iaitu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak dijangka akan bermula pada 2 Januari 2020 (Khamis).



Cuti Perayaan 2020


Manakala, takwim cuti perayaan juga telah dikeluarkan oleh pihak KPM bagi memudahkan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, guru, sekolah, ibubapa dan pelajar dalam merancang aktiviti bagi sesi persekolahan tahun 2020 nanti.



Muat turun Takwim Persekolahan 2020 dan Cuti Perayaan untuk rujukan semua pihak dalam membuat perancangan awal persekolahan bagi tahun 2020.




Sumber: KPM
Previous Post Next Post