Merujuk kepada portal Lembaga Peperiksaan Malaysia, takwim pentaksiran dan peperiksaan bagi tahun 2020 sudah dikeluarkan. Takwim yang dikeluarkan ini boleh dijadikan rujukan kepada guru, ibubapa dan pelajar dalam merancang aktiviti peningkatan akademik.

Rujuk Lembaga Peperiksaan

Berdasarkan takwim yang dikeluarkan peperiksaan UPSR dijadualkan pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi ujian lisan untuk Bahasa Melayu pada 17 hingga 28 Ogos 2020 manakala Bahasa Inggeris pada 1 hingga 11 September 2020.

PT3 untuk ujian mendengar bagi Bahasa Melayu adalah pada 21 September 2020 manakala Bahasa Inggeris pada 22 September 2020. Selain itu, bagi ujian bertulis PT3 telah dijadualkan pada 28 September hingga 6 Oktober 2020.

Bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 telah dijadualkan pada 5 hingga 14 Oktober (Fasa 1) dan 2 hingga 19 September 2020 (Fasa 2).

Sebarang maklumat dan infomasi bolehlah merujuk kepada lembaga peperiksaan.

Sumber Lembaga Peperiksaan

Takwim Peperiksaaan 2020 dan Pentaksiran Tahun 2020





Post a Comment

Previous Post Next Post