Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)

kurikulum persekolahan 2027


Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) adalah kurikulum kebangsaan baharu yang akan menggantikan kurikulum sedia ada secara berperingkat, bermula dengan Prasekolah pada 2026, diikuti oleh Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027. 

KP2027 menekankan pembangunan kompetensi murid secara holistik, termasuk perkembangan sosioemosi, fizikal, kerohanian, dan kognitif, serta menggalakkan pembelajaran aktif melalui pengalaman yang lebih autentik dan bermakna.

Pelaksanaan Secara Berperingkat 

  • 2026: Kurikulum Prasekolah baharu akan dilaksanakan.
  • 2027: Kurikulum Tahun 1 dan Tingkatan 1 akan diperkenalkan.

Kerangka KP2027

  • Kompetensi Perkembangan Diri
  • Kompetensi Komunikasi
  • Kompetensi Tanggungjawab
  • Kompetensi Fasih Digital
  • Kompetensi Literasi Pelbagai
  • Kompetensi Kemahiran Berfikir
  • Kompetensi Pembelajaran Sepanjang Hayat

Matlamat KP2027 

  • Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan
  • Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian
  • Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab
  • Berdaya saing pada peringkat global
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Post a Comment for "Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)"