Template Pelaporan PBD Tahun 2 (KSSR Semakan). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa.
Melalui PBD guru dapat:
- Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
- Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme.
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
- Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan antara individu. Guru menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21, serta kaedah pentaksiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan tahap penguasaan murid.
Template Pelaporan PBD Tahun 2 (KSSR Semakan) Terjemahan - V3
Semoga perkongsian tentang Template Pelaporan PBD Tahun 2 (KSSR Semakan) ini memberi infomasi kepada semua guru dalam membuat penilaian PBD.
Untuk infomasi terbaru yang cepat dan pantas? Jangan lupa subscribe channel terbaru telegram kami https://t.me/cikgupress
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia