garis panduan buka sekolah

Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
. Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan kepada semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya pada 4 Jun 2020 seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan semasa lawatan beliau ke SMK Engku Hussein baru-baru ini. 

Garis panduan pembukaan sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua pentadbir dan guru-guru dalam membuat persediaan sebelum sekolah dibuka. 

Garis panduan ini boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau di pautan berikut 


Tujuan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah 


  1. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
  2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
  3. Garis panduan ini terpakai kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah KPM dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
  4. Sekolah yang berdaftar dengan agensi kerajaan yang lain, sekolah persendirian dan institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan merujuk garis panduan ini.
  5. Garis panduan ini ialah dokumen induk yang perlu dirujuk bagi pengoperasian institusi pendidikan. Sebarang tambahan atau perubahan maklumat akan dijadikan tambahan (annex) kepada dokumen ini.
Semoga Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah ini memberi infomasi dan maklumat kepada semua pentadbir dan guru-guru dalam membuat persediaan sebelum sekolah dibuka. 


Post a Comment

Previous Post Next Post