Cara Tukar Format Fail Guna Zamzar

zamzar online convertion
Image from Zamzar

Tukar Format Fail Secara Online Guna Zamzar. Selamat pagi kepada semua pembaca blog Cikgu Press. Semoga hari ini lebih ceria dan bersemangat untuk melakukan pekerjaan, belajar dan sebagainya.

Pada hari ini Cikgu Press ingin berkongsi sedikit ilmu tentang cara menukar format fail secara online menggunakan Zamzar. Sudah sedia maklum bahawa terdapat banyak format fail yang kita gunakan setiap hari contohnya microsoft power point, word, pdf, gambar dan sebagainya.

Ramai yang mempunyai masalah untuk menukar format file sebagai contoh kita ingin menukar format PDF kepada image (PNG), bagi yang tidak tahu mereka akan print screen fail PDF tersebut dan crop gambar tersebut secara manual sedangkan mereka boleh menggunakan kaedah yang mudah iaitu menggunakan Zamzar atau online converter yang lain.

Sebenarnya terdapat banyak software atau laman web yang membenarkan kita menukar format fail secara online dengan percuma tetapi Cikgu Press lebih suka menggunakan Zamzar. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, jom kita kenali apa itu Zamzar

Apa itu Zamzar?


Zamzar adalah penukar fail dalam talian (online converter) , yang diasaskan oleh Mike dan Chris Whyley di England pada tahun 2006. Ia membolehkan pengguna menukar fail tanpa memuat turun perisian dengan lebih mudah.

Zamzar boleh menukar pelbagai format fail seperti menukar video dalam talian percuma, menukar audio, menukar gambar, menukar eBook dan sebagainya tanpa software dan akaun. 

Zamzar boleh digunakan secara percuma dan berbayar. Untuk perkhidmatan berbayar di Zamzar, kita boleh mendapatkan pelbagai kemudahan penggunaan. Bagi Cikgu Press sudah memadai untuk menggunakan Zamzar yang percuma sahaja. 

Contoh fail yang boleh ditukar oleh Zamzar


Antara contoh fail yang boleh ditukar format oleh Zamzar

zamzar online convertion

Cara Menukar Format Fail Guna Zamzar


  1. Muat naik fail pelbagai format
  2. Pilih jenis fail yang ingin ditukar (convert)
  3. Proses menukar fail (converting process)
  4. Download fail yang telah di tukar format

zamzar online converter

Kepada cikgu-cikgu yang ingin cuba guna zamzar, bolehlah melayari laman web >>ZAMZAR<<

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca terutamanya guru-guru 

p/s: Tutorial ini untuk yang belum tahu sahaja. Jika ada yang dah tahu, boleh lah pergi minum kopi

Previous Post Next Post