dpk kssr

Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) KSSR ini disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk kegunaan bagi tahun 2020 sahaja.

Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid bukan kelas peperiksaan bagi tempoh persekolahan berdasarkan takwim penggal persekolahan 2020 yang dipinda, KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Penjajaran kurikulum ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.

KPM telah menyediakan dokumen kurikulum yang telah diajarkan, peruntukan masa minimun dan kit penjajaran kurikulum sebagai rujukan kepada pihak sekolah, guru dan ibubapa yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). 

Untuk pautan terus menerusi Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM sila klik di bawah

>>BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM<<


Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) KSSR


Post a Comment

Previous Post Next Post