Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Admin
manual pengajaran

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. 

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah

Muat turun Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi KPM.


Sumber: KPM


Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.