Kekosongan Jawatan Kader Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

jawatan kader

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan kader di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

Kekosongan jawatan adalah di agensi

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Pertahanan
  • Jabatan Penjara Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
  • Kementerian Sumber Negara

Kelayakan memohon

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44/DG48 yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mempunyai ikhtisas/ kelulusan dalam opsyen seperti di Lampiran A.
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • Telah mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  • Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi tiga tahun terkini (2017-2019).
  • Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
  • Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.
  • Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun.
  • Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/ Agensi luar dari KPM.

Cara memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Masuk Jawatan Kader seperti di Lampiran B.
  • Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi beserta sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar melalui emel kepada noraizawati.amanaf@moe.gov.my .
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

Download 


Sumber: KPM

Previous Post Next Post