Cara Convert File PDF Kepada Word

pdf kepada word

Cara Tukar File PDF Kepada Word. Sudah sedia maklum bahawa kebanyakkan file yang dimuat turun dari internet adalah berformatkan PDF. 

Apa tu PDF? PDF bermaksud Portable Document Format, digunakan untuk memaparkan dokumen dalam bentuk elektronik yang tidak bergantung pada perisian, perkakasan atau sistem operasi

Banyak file disimpan dalam bentuk PDF supaya file tersebut mudah dipaparkan dan segala setting pada file tersebut seperti margin, spacing, fonts dan sebagainya tidak berubah apabila dipaparkan. 

File yang dimuat turun dari internet dalam format PDF sebenarnya boleh ditukar kepada pelbagai format seperti word, power point dan sebagainya tanpa memerlukan software khusus. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menukar format file PDF kepada word contohnya menggunakan

  • Online converter
  • Microsoft word 2016 ke atas
  • Perisian PDF berbayar

Pada hari ini Cikgu Wan akan kongsikan cara untuk menukar file format PDF kepada word.



Cara Convert File PDF Kepada Word

1. Buka file yang ingin di convert (Pastikan kita menggunakan microsoft word 2016 dan ke atas)

pdf kepada word

2. Klik kanan dan tekan WORD 2016

pdf kepada word

3. Tunggu proses convert berlaku. Masa diambil bergantung kepada saiz file

pdf kepada word

4. Selepas selesai proses convert, file akan berubah format word. Selepas itu Klik Enable Editing

pdf kepada word

5. Klik Simpan (save as) dan akhirnya selesai. 

pdf kepada word

Setakat ini sahaja tutorial Cikgu Wan pada hari ini. Semoga bermanfaat. 

Previous Post Next Post