Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 7 Disember 2020, bermula pada tahun 2021 murid DIBENARKAN memakai kasut berwarna putih.
Kasut Hitam Stoking Hitam atau Kasut Putih Stoking Putih
Mesyuarat Profesional KPM Bil. 39/2020 bertarikh 17 November 2020 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2021, semua murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna HITAM atau berwarna PUTIH serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.
KPM juga telah menetapkan bahawa kasut adalah diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyster yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan.
SPI Bilangan 10 2018 DIBATALKAN
SPI ini berkuatkuasa serta merta mulai pada tarikh SPI ini dikeluarkan. Oleh yang demian, SPI KPM Bilangan 10 Tahun 2018: Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah KPM bertarikh 20 November 2018 adalah DIBATALKAN
Download Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020
Sumber: KPM