program transisi 2021

Kit Program Transisi Tahun Satu 2021. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuat naik Kit Program Transisi Tahun Satu 2021 untuk dijadikan panduan kepada sekolah dalam melaksanakan program transisi untuk murid tahun satu.

Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.

Objektif Program Transisi Tahun Satu 2021

Objektif Program Transisi Tahun Satu 2021 ialah:

  • Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
  • Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  • Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
  • Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

Kit Program Transisi Tahun Satu 2021


Kit Program Transisi Tahun Satu 2021 boleh dimuat turun melalui portal rasmi BPK

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

Post a Comment